Produk Kami

CommunityShop

  • CommunityShop membekalkan maklumat berkenaan kedai-kedai komuniti yang ada di dalam Daerah Lundu.
  • Ini salah satu usaha untuk menaikkan ekonomi komuniti setempat.
  • Pengunjung yang datang ke daerah Lundu dapat mengenalpasti produk dan membuat pesanan kepada pemilik kedai-kedai komuniti ini dengan lebih mudah.
  • Antara produk yang boleh didapati di sini adalah produk kedai-kedai runcit, produk makanan laut, produk hasil tani dan keperluan harian.

LunduLocal

  • LunduLocal membekalkan maklumat berkaitan produk-produk milik peniaga tempatan.
  • Setakat ini ada 5 kategori yang dikenalpasti untuk dipromosikan seperti perkhidmatan, hiasan/dekorasi hiasan, bakeri, kecantikan dan pakaian.
  • Ia diharap mampu menaikkan nama Lundu sebagai satu jenama yang mampu menembus pasaran di luar daerah Lundu.
  • Antara produk yang boleh didapati di sini adalah perkhidmatan sewaan, produk pakaian, produk hiasan, perkhidmatan, produk bakeri dan sebagainya yang dikeluarkan oleh komuniti Lundu.

DapoLundu

  • DapoLundu adalah satu ruang bagi mempromosikan produk-produk tempatan yang melibatkan masakan dan minuman.
  • Melalui DapoLundu, ia akan membekal maklumat berkaitan menu juadah kuih-muih, panggang, lauk-pauk, masakan dan minuman.
  • Ruang ini memudahkan pelanggan menempah secara pesanan whatsapp terus kepada peniaga bagi memudahkan belian secara tapau, COD dan sebagainya.

Permohonan DapoLundu dikenakan syarat tambahan bagi memastikan kualiti dan keselamatan makanan terjaga. Syarat-syarat tambahan yang dikenakan adalah seperti berikut:

  • Salinan sijil pengendalian makanan
  • Salinan dokumen pemeriksaan kesihatan (Suntikan typoid)
  • Salinan Kad Pengenalan (Depan dan Belakang)

Pihak Majlis juga menggalakkan setiap peniaga yang berdaftar di dalam Shop4LunduCommunity untuk menggunakan aplikasi SarawakPay bagi memudahkan urusan pembayaran secara digital.

Create your website at WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: